Wednesday, September 30, 2009

Isu Negara Islam

Kemerdekaan Islam Kosovo
Kini Dunia Islam mempunyai sebuah lagi rakan baru , sebuah negara di Balkan,Eropah yang baru lahir dinamakan kosovo. Pada 17 Februari 2008, masyarakat sejagat diperlihatkan akan kemerdekaan Kosovo sebagai sebuah kelahiran negara baru Islam di Bumi Eropah yang merupakan sebuah wilayah yang dahulunya diIslamkan hasil dari perluasan Empayar Turki Uthmaniyah. Kelahiran Kosovo memaparkan satu lagi kelahiran baru sebuah negara majoriti Umat Islam di bumi Eropah, yang secara faktanya, Kosovo adalah negara berpendudukan Islam yang dari seramai 2 juta populasinya, 90 peratus daripadanya adalah terdiri etnik Albania yang beragama Islam. Justeru dengan 'pembukaan' baru negara Islam Kosovo ini, maka Dunia Islam seharusnya memainkan aktif dalam pengiktirafan Kosovo untuk memastikan Dunia Islam mampu berkembang di bumi Eropah. Betapa perlunya negara-negara Islam memberi pengiktirafan serta bekerjasama sebagai satu ummah bagi mempertahan kemerdekaan Kosovo ini jelas terpapar menerusi kesimpulan dan penegasan yang disarankan oleh Prof. Dr. Abu Lubahah Tahir Saleh Husin dari Universiti Emeriah Arab Bersatu(UAE) sewaktu menyampaikan kertas kerja bertajuk 'Cabaran Ketamadunan'. Kosovo yang diketuai oleh Presiden selaku Ketua Negara dan juga Perdana Menteri selaku ketua eksekutif adalah terdiri daripada mereka yang yang beragama Islam. Dengan status pemerintahan berteraskan komuniti beragama Islam, iaitu Fatmir Sejdiu dan Hashim Thaci, maka kesimpulan yang nyata ialah Kosovo adalah komuniti negara-negara islam serta merupakan sebuah 'negara Islam' secara sah. Dari segala aspek, bermula di dewan legislatif, eksekutif serta kehakiman dan pertahanan status wilayah yang berteraskan ummah Islamiyah, maka adalah menjadi satu penegasan umum bahawa Kosovo berstatus secara nilaian sebagai sebuah kuasa Islam. Merdekanya Kosovo menjadikan negara-negara Islam Eropah termasuk Kosovo mampu menjadi penghubung di antara Dunia Islam dan Barat. Kosovo memaparkan bahawa benua Eropah kini mempunyai 3 buah negara majoriti Umat Islam selain Albania dan Bosnia.

Sunday, September 6, 2009

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah. Sumber: Harian Metro/iLuvislam

Saturday, September 5, 2009

Batas Perkenalan Antara Lelaki Dan Wanita

Insaflah Wahai 'Si Rempit'

Tuesday, September 1, 2009

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim). 2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim) 3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung. 4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). 5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi) 6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan). 7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya). 8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. 9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. 10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. 11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya. 12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. 13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

11 Tips Untuk Wanita

Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia
  • Kunci Syurga : MengEsakan Allah
  • Kunci Kemualiaan : Taat Kepada Allah Dan Rasul-Nya
  • Kunci Ilmu : Bertanya DAn Mendengar Dengan Baik
  • Kunci kehidupan Hati : Merenungi (tadabbur) al-Quran, Mengadu Kepada Allah Pada Waktu Sebelum Fajar, Dan Meninggalkan Dosa
  • Kunci Keimanan : Berfikir tentang Ayat-ayat Allah & Makhluk-makhluk ciptaan-Nya
  • Kunci Kebajikan : Kejujuran
  • Kunci Kemenangan : Kesabaran
  • Kunci Rezeki : Berusaha Disertai Dengan Beristigfar Dan Bertakwa
  • Kunci Bertambahnya Nikmat : Bersyukur
  • Kunci Mencintai Akhirat : Zuhud Terhadap Dunia
  • Kunci Agar Dikabulkan Oleh Allah : Berdoa...Dan Bersabarlah Terhadap Apa Yang Menimpa Kamu (surah Lukman : 17,,Wahai anakku! laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.