Friday, August 28, 2009

LaUnGaN kErAmaT...

Apa maknanya berteriak merdeka Melolong menjerit memekak telinga Andai di tangan memegang najis Air kencingan syaitan dan iblis Banggakah rasanya Membawa bendera mengelilingi kota Menunjuk rasa cinta pada negara Sedang di masjid jelas kedengaran Laungan bilal mengumandang azan Merdekakah namanya Andai solat engkau tinggalkan Lelaki perempuan berpegangan tangan Keluar ke kota mencari hiburan Tatkala orang lain berdoa Mengharap rahmat berterusan dari Tuhan Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Laungan keramat sekali lagi bergema Tapi semua akan sia-sia Andai semua itu hanya kata-kata

Thursday, August 6, 2009

IStEri YaNg SoLehaH

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah: 1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama :


Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.
Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.
Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.
Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam.

Wednesday, August 5, 2009

KaLAu BeRaNi,,bUAtLaH..

5 Syarat Untuk Buat Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata: SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab: SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya." Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab: SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan: SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab: SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Tuesday, August 4, 2009

Pelaburan Internet & Skim Cepat Kaya

Muzakarah kali ke-77 Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengharamkan semua pelaburan internet yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Terdapat lebih 50 skim yang sedang beroperasi dan melibatkan 500 ribu pelabur. Pengerusi MFK, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menjelaskan: "pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap didapati mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Justeru, umat Islam diharamkan terbabit dengan pelaburan berkenaan".

Hukum Pelaburan Internet
Jika dikaji dengan lebih teliti tentang pelaburan internet, walau apa jenis, bentuk dan namanya sekalipun, konsepnya adalah hampir sama. Yang jelas, kesemuanya adalah bercanggah dengan akad mudharabah yang sebenar menurut Islam, kerana :
  1. tidak memenuhi Akad Syirkah Mudharabah
  2. rakan kongsi adalah Majhul (tidak dikenali)
  3. pembahagian nisbah keuntungan yang tidak jelas (gharar)
  4. jaminan keuntungan atau pulangan yang tetap
Hukum Pelaburan Skim Cepat Kaya
Skim cepat kaya pula merupakan sebuah skim bahawa seseorang anggotanya membuat pembayaran dengan sejumlah wang tertentu kepada pihak yang berada di atas dengan harapan untuk mendapat pulangan yang berlipat kali ganda. Pengasas skim ini jelas menganjurkan satu "penipuan halus dan terancang" dalam sistem kapitalis (tetapi bertopeng Islam) iaitu penipuan dalam bentuk "derma" walhal hakikatnya adalah untuk mengaut keuntungan. Sama ada pengasas atau peserta yang mengikuti program Skim Cepat Kaya ini, mereka sebenarnya telah :
  1. melakukan penipuan dan eksploitasi harta atau wang orang lain
  2. mempermainkan hukum derma (tabarru'at) dalam Islam
  3. melakukan aktiviti penambahan kekayaan yang tidak dibenarkan oleh syara'
Justeru, tepuk dada tanya iman. Sebagai umat Islam wajib ke atas kita berwaspada dalam membuat pilihan SUMBER: Sinar Rohani

Saturday, August 1, 2009

RENUNGAN BERSAMA,,,,,,

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. “Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat ter sebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

GADISKU,,,,

BUAT INSAN YANG BERGELAR WANITA
Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yang terdedah. Wanita solehah yang patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yang engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akanmemudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkaumiliki azam, usaha dan istiqamah.. Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yang dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu. Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yang sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu. Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi...

Ancaman Terhadap Dunia Islam

Barat Dan Agenda Terhadap Dunia Islam
Barat sentiasa memendang curiga terhadap umat Islam dengan persepsi negatif. Ini berikutan pandangan yang diwarisi mereka bahawa Islam dan Umat Islam adalah ancaman kepada peradaban Barat. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehungga kamu mengikut telunjuk mereka". (al-Baqarah: 120). Dasar neo imperialisme masih wujud dikalangan Negara Barat bagi agenda hegemoni mereka di zaman moden ini dengan menggunakan pendekatan baru dan strategis. Kajian mereka menunjukkan bukti kekuatan dan kelemahan umat Islam dan mereka berhasrat untuk menggerakkan agenda memecahbelahkan umat Islam secara langsung atau sebaliknya. Bagi memastikan umat Islam terus bertelingkah dan berselisih sesama sendiri, jurang perbezaan fahaman dan pendapat di kalangan umat Islam diperbesarkan dan Barat mendokong sama ada secara moral, dana atau politik mana-mana pihak yang menbawa keuntungan bagi agenda mereka. Ukhwah Islamiah dan kesedaran kepada penghayatan Islam dengan roh yang hakiki menjadi ancaman buat mereka. Aliran aqidah di kalangan umat Islam dilagakan antara sunni, Syiah, Wahabi, dan Islam Liberal. Bahkan Barat mengetahui fahaman ekstrem dapat dimanipulasikan bagi agenda mereka seperti fahaman Wahabi yang melampau digunakan untuk memerangi keganasan dan mencampuri urusan negara Islam di sebalik "agenda memerangi keganasan". Hasilnya dapat memberi persepsi negatif terhadap umat Islam dan agama Islam sendiri. Aliran pemikiran Islam dilagakan juga antara tradisionalis dengan fundamentalis atau liberal, agar umat Islam sibuk bertelingkah dengan pegangan masing-masing. Mana-mana pihak yang perlu disokong akan diberi sokongan samada secara langsung atau tidak langsung. Bahkan mereka sedang membina rangkaian Muslim Liberal dan moderat yang dilihat lebih menepati cita rasa Barat. SUMBER : Sinar Rohani