Saturday, August 1, 2009

Ancaman Terhadap Dunia Islam

Barat Dan Agenda Terhadap Dunia Islam
Barat sentiasa memendang curiga terhadap umat Islam dengan persepsi negatif. Ini berikutan pandangan yang diwarisi mereka bahawa Islam dan Umat Islam adalah ancaman kepada peradaban Barat. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehungga kamu mengikut telunjuk mereka". (al-Baqarah: 120). Dasar neo imperialisme masih wujud dikalangan Negara Barat bagi agenda hegemoni mereka di zaman moden ini dengan menggunakan pendekatan baru dan strategis. Kajian mereka menunjukkan bukti kekuatan dan kelemahan umat Islam dan mereka berhasrat untuk menggerakkan agenda memecahbelahkan umat Islam secara langsung atau sebaliknya. Bagi memastikan umat Islam terus bertelingkah dan berselisih sesama sendiri, jurang perbezaan fahaman dan pendapat di kalangan umat Islam diperbesarkan dan Barat mendokong sama ada secara moral, dana atau politik mana-mana pihak yang menbawa keuntungan bagi agenda mereka. Ukhwah Islamiah dan kesedaran kepada penghayatan Islam dengan roh yang hakiki menjadi ancaman buat mereka. Aliran aqidah di kalangan umat Islam dilagakan antara sunni, Syiah, Wahabi, dan Islam Liberal. Bahkan Barat mengetahui fahaman ekstrem dapat dimanipulasikan bagi agenda mereka seperti fahaman Wahabi yang melampau digunakan untuk memerangi keganasan dan mencampuri urusan negara Islam di sebalik "agenda memerangi keganasan". Hasilnya dapat memberi persepsi negatif terhadap umat Islam dan agama Islam sendiri. Aliran pemikiran Islam dilagakan juga antara tradisionalis dengan fundamentalis atau liberal, agar umat Islam sibuk bertelingkah dengan pegangan masing-masing. Mana-mana pihak yang perlu disokong akan diberi sokongan samada secara langsung atau tidak langsung. Bahkan mereka sedang membina rangkaian Muslim Liberal dan moderat yang dilihat lebih menepati cita rasa Barat. SUMBER : Sinar Rohani

0 comments: