Tuesday, August 4, 2009

Pelaburan Internet & Skim Cepat Kaya

Muzakarah kali ke-77 Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengharamkan semua pelaburan internet yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Terdapat lebih 50 skim yang sedang beroperasi dan melibatkan 500 ribu pelabur. Pengerusi MFK, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menjelaskan: "pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap didapati mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Justeru, umat Islam diharamkan terbabit dengan pelaburan berkenaan".

Hukum Pelaburan Internet
Jika dikaji dengan lebih teliti tentang pelaburan internet, walau apa jenis, bentuk dan namanya sekalipun, konsepnya adalah hampir sama. Yang jelas, kesemuanya adalah bercanggah dengan akad mudharabah yang sebenar menurut Islam, kerana :
  1. tidak memenuhi Akad Syirkah Mudharabah
  2. rakan kongsi adalah Majhul (tidak dikenali)
  3. pembahagian nisbah keuntungan yang tidak jelas (gharar)
  4. jaminan keuntungan atau pulangan yang tetap
Hukum Pelaburan Skim Cepat Kaya
Skim cepat kaya pula merupakan sebuah skim bahawa seseorang anggotanya membuat pembayaran dengan sejumlah wang tertentu kepada pihak yang berada di atas dengan harapan untuk mendapat pulangan yang berlipat kali ganda. Pengasas skim ini jelas menganjurkan satu "penipuan halus dan terancang" dalam sistem kapitalis (tetapi bertopeng Islam) iaitu penipuan dalam bentuk "derma" walhal hakikatnya adalah untuk mengaut keuntungan. Sama ada pengasas atau peserta yang mengikuti program Skim Cepat Kaya ini, mereka sebenarnya telah :
  1. melakukan penipuan dan eksploitasi harta atau wang orang lain
  2. mempermainkan hukum derma (tabarru'at) dalam Islam
  3. melakukan aktiviti penambahan kekayaan yang tidak dibenarkan oleh syara'
Justeru, tepuk dada tanya iman. Sebagai umat Islam wajib ke atas kita berwaspada dalam membuat pilihan SUMBER: Sinar Rohani

0 comments: