Wednesday, September 30, 2009

Isu Negara Islam

Kemerdekaan Islam Kosovo
Kini Dunia Islam mempunyai sebuah lagi rakan baru , sebuah negara di Balkan,Eropah yang baru lahir dinamakan kosovo. Pada 17 Februari 2008, masyarakat sejagat diperlihatkan akan kemerdekaan Kosovo sebagai sebuah kelahiran negara baru Islam di Bumi Eropah yang merupakan sebuah wilayah yang dahulunya diIslamkan hasil dari perluasan Empayar Turki Uthmaniyah. Kelahiran Kosovo memaparkan satu lagi kelahiran baru sebuah negara majoriti Umat Islam di bumi Eropah, yang secara faktanya, Kosovo adalah negara berpendudukan Islam yang dari seramai 2 juta populasinya, 90 peratus daripadanya adalah terdiri etnik Albania yang beragama Islam. Justeru dengan 'pembukaan' baru negara Islam Kosovo ini, maka Dunia Islam seharusnya memainkan aktif dalam pengiktirafan Kosovo untuk memastikan Dunia Islam mampu berkembang di bumi Eropah. Betapa perlunya negara-negara Islam memberi pengiktirafan serta bekerjasama sebagai satu ummah bagi mempertahan kemerdekaan Kosovo ini jelas terpapar menerusi kesimpulan dan penegasan yang disarankan oleh Prof. Dr. Abu Lubahah Tahir Saleh Husin dari Universiti Emeriah Arab Bersatu(UAE) sewaktu menyampaikan kertas kerja bertajuk 'Cabaran Ketamadunan'. Kosovo yang diketuai oleh Presiden selaku Ketua Negara dan juga Perdana Menteri selaku ketua eksekutif adalah terdiri daripada mereka yang yang beragama Islam. Dengan status pemerintahan berteraskan komuniti beragama Islam, iaitu Fatmir Sejdiu dan Hashim Thaci, maka kesimpulan yang nyata ialah Kosovo adalah komuniti negara-negara islam serta merupakan sebuah 'negara Islam' secara sah. Dari segala aspek, bermula di dewan legislatif, eksekutif serta kehakiman dan pertahanan status wilayah yang berteraskan ummah Islamiyah, maka adalah menjadi satu penegasan umum bahawa Kosovo berstatus secara nilaian sebagai sebuah kuasa Islam. Merdekanya Kosovo menjadikan negara-negara Islam Eropah termasuk Kosovo mampu menjadi penghubung di antara Dunia Islam dan Barat. Kosovo memaparkan bahawa benua Eropah kini mempunyai 3 buah negara majoriti Umat Islam selain Albania dan Bosnia.

0 comments: