Sunday, February 28, 2010

Jangan Leka & Jangan Lalai,,

  • Lalai bermakna rugi. oleh itu jauhilah kelalaian kerana lalai akan menjauhkan anda dari Allah. kelalaian membuat anda meninggalkan sembahyang, berpaling dari al-Quran, dan enggan menghadiri perjanjian dan acara-acara bermanfaat buat anda.
  • Sesungguhnya kelalaian merupakan awal dari kerugian dan kegagalan. selepas itu, hati seakan-akan buta tentang kebaikan, rela dengan kemungkaran, dan tidak mengambil berat tentang agama. orang yang punya hati seperti ini akan menjadi kaku, mudah sedih, megeluh, dan terpengaruh. ini merupakan akibat kelalaian ketika di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti???
  • Sebab itu jauhkan dirimu dari sebab-sebab kelalaian itu. Banyakkan berzikir kepada Allah, samada dengan bertasbih, tahlil, takbir, tahmid, istighfar, serta selawat kepada Rasulullah s.a.w, samada dalam keadaan berdiri, duduk mahupun baring. Dengan begitu, anda akan menemukan kebahagiaan meliputi hati anda.
"ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang" (surah al-Ra'd: 28)

Saturday, January 9, 2010

Jom Buat Duit,,

Apa yang akan anda dapat apabila menyertai Mesti.my ???
  • Apabila anda menyertai Mesti.my secara tidak langsung anda bekerja dengan syarikat ini.
  • Memberi peluang kepada anda untuk tambah pendapatan secara mudah
  • Anda hanya perlu bekerja dirumah secara fulltime/partime
  • Terbuka kepada sape-sape je yang berminat untuk tambah pendapatan (suri rumah,palajar,penganggur,pekerja swasta,pekerja kerajaan,dll)
  • Dengan modal sekurang-kurangya RM10,,anda berpotensi untuk dapat lebih dari RM3000
Jangan lupe KLIK DI SINI!!! Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-2041936(call/msg)

Monday, October 26, 2009

Taubat Seorang Hamba

Thursday, October 15, 2009

Isu Pendidikan Anak-anak

Menakut-nakutkan anak telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Ini diwarisi turun temurun. Malah anak-anak memang diajar untuk takut pada sesuatu sejak kecil lagi.

Bagaimana Ibu Bapa Harus Mendidik Anak-anak

Potensi untuk berani bertindak sudah ada pada diri anak-anak sejak dilahirkan lagi. Oleh itu, dalam perkembangan anak-anak tidak sepatutnya kita mengamalkan pendidikan yang salah . Biarpun hakikatnya tindakan itu adalah kerana sayang pada si anak atau supaya anak dapat mematuhi perintah atau juga untuk menghentikan tangisan si anak, kita janganlah terlalu menakut-nakutkan mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sensitive akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa dan mereka akan mengambil jalan pintas dengan menakut-nakutkan kanak-kanak itu dengan sesuatu agar mereka berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa-apa faedah kerana kanak-kanak itu hanyalah akan berhenti menangis kerana ‘takutkan’ sesuatu.

Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik yang betuk untuk mengajar anak-anak. Mereka haruslah menerangkan pada anak-anak apakah yang perlu mereka takuti. Seeloknya mereka diberi pemahaman, atau jika perlu pengalaman agar mereka lebih faham tindakan mana yang betul dan mana yang salah dan merugikan diri sendiri. Jika mereka sudah memahaminya, tanpa dilarang mereka akan faham, dan tidak akan melakukannya lagi. Maksudnya sebagai ibu bapa kita harus pandai memilih cara yang terbaik. Andai kata kita terpaksa menakut-nakutkan mereka, berhati-hatilah kerana jika selalu dilakukan hal tersebut, kelak anak-anak akan menjadi seorang manusia yang manja dan penakut. Secara tidak langsung ia akan mematikan sifat ingin tahu mereka dan memadam kreativitinya. Seterusnya anak-anak kita akan membesar menjadi individu yang lemah imannya dan mudah dipengaruhi oleh perasaan yang bukan-bukan hingga menghalang kemajuan diri mereka. Didiklah anak-anak dari kecil menjadi seorang yang berdikari, bebas, berani, dan bertanggungjawab supaya dia percaya pada diri sendiri. Latihlah anak-anak untuk selalu bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan. Tidak pernah takut untuk menghadapi situasi apapun. Ingat! Mendidik anak untuk takut kepada Allah adalah benteng segala kemungkaran.

Isu Undang-undang Islam

Di awal bulan mulia Ramadhan Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.

Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah. Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan �Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

Isu Akidah Islam

Kesatuan Umat Islam hendaklah Berlandaskan Akidah

Umat Islam pada hari ini dihantui oleh perasaan takut dan terancam. Sungguhpun bilangan mereka di seluruh dunia sangat banyak namun mereka berpecah belah antara satu sama lain. Perpecahan ini telah menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan tidak ditakuti oleh musuh. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan jangan berpecah belah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-Imran ayat 103 yang bermaksud "dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada agama Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan ( semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi umat Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka itu ( disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya". Dalam ayat ini Allah memerintahkan umat Islam supaya bersatu padu dengan berpandukan kepada akidah dan ajaran Islam dan jangan sesekali berpecah belah.Telitilah dengan mendalam ayat ini dan lihatlah kepada pemerintah Allah SWT yang memerintahkan umat Islam supaya meletakkan asas kepada kesatuan iaitu dengan berpegang teguh kepada agama kemudian barulah Allah menyebut mengenai kepentingan bersatu di atas prinsip tersebut. Pada hari ini kita banyak mendengar seruan-seruan supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah bekah, namun mereka tidak meletakkan asas kepada kesatuan tersebut. Umat Islam adalah umat yang bersatu padu dengan kiblat yang satu dan Tuhan yang satu.Setiap orang hendaklah berfikir dengan ikhlas dan jujur untuk kesatuan umat dan kebaikan seluruh manusia. Hakikat ini tidak akan tercapai kecuali dengan berpandukan ajaran-ajaran Islam. Renunglah firman Allah Taala dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang merupakan jalan yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa". Intipati daripada ayat ini ialah sekiranya kita berpaling daripada jalan yang lurus maka kita tidak akan mendapati jalan yang lain yang boleh membawa kejayaan walhal hakikatnya kita akan berpecah-belah dan lemah. Maka pada saat itu kita berada dalam keadaan yang hina!. wallahu'alam

IsU EkOnoMi IsLaM

Ekonomi Semasa Umat Islam

Ekonomi adalah suatu aspek yang penting dalam menjana sesuatu bangsa atau negara.Jika dipandang dari perspektif Islam sendiri,ekonomi adalah salah suatu perkara yang amat penting dan ia boleh datang dari pelbagai sumber.Akan tetapi,umat Islam pada zaman sekarang ini amat lemah sekali dari sudut ekonominya.Ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak mengambil berat tentang hal ini. Jika diimbas kembali ekonomi umat Islam pada zaman kegemilangannya,ekonomi ketika itu adalah amat kukuh dan teguh.Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan Khulafa' Ar-Rashideen,ekonomi pada zaman itu adalah amat kukuh sehinggakan wang perbendaharaan negara iaitu Baitulmal adalah amat banyak sehingga dikatakan wang Baitulmal itu boleh menampung dan menyara setiap rakyatnya.Sumber kewangan Baitulmal adalah daripada kutipan Zakat dan Jizyah(wang yang dibayar oleh orang kafir kepada kerajaan Islam kerana tinggal didalam negara Islam dan mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam).Ini berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Rakyat dibebani dengan berbagai-bagai jenis cukai contohnya cukai pintu,cukai tanah,cukai jalan dan bermacam-macam lagi.Ini ditambah dengan wujudnya barang yang dikenakan cukai yang melampau contohnya kenderaan import,dikenakan cukai sehingga 200%.Selain itu,sedar atau tidak setiap barang-barang keperluan harian kegunaan rakyat dikenakan cukai sebanyak 5%.Rakyat dibebani dengan pelbagai cukai, tetapi kebajikan mereka tetap tidak terbela.

Jika dipandang dari sudut global pula,umat Islam telah lama diserang ekonominya oleh orang kafir.Pada tahun 2003,Amerika Syarikat telah menyerang Iraq atas alasan ia adalah negara pengganas.Akan tetapi tujuan Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sesuatu yang amat bernilai di Iraq iaitu simpanan minyak mentahnya.’NEGARA PENGGANAS’ itu cuma propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan perbuatannya menyerang Iraq.Berlainan pula dengan apa yang berlaku di Palestin pada tahun 2006,selepas umat Islam di Palestin mendapat hak ke atas negara mereka sendiri dengan diterajui oleh Hamas. Amerika Syarikat bersama sekutu-sekutunya iaitu Israel dan Kesatuan Eropah mula mengadakan sekatan ekonomi ke atas mereka.Barang-barang keluaran Palestin tidak dapat dieksport sehingga tersadai di pelabuhan. Inilah diantara contoh serangan dan sekatan orang-orang kafir terhadap ekonomi umat Islam.Umat Islam adalah seperti barang mainan mereka,boleh diperlakukan dengan sesuka hati sahaja. Umat Islam berpecah belah serta mudah dipermainkan oleh musuh Islam. Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung keadaan umat Islam dan juga ekonomi umat Islam khususnya.