Thursday, October 15, 2009

Isu Undang-undang Islam

Di awal bulan mulia Ramadhan Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi. Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.

Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah. Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.

Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan �Abd Rahman bin al-'Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).Tindakan Khalifah Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).Sebatan Islam sama sekali bukan untuk mencederakan, sekadar mengingat dan mengajar.

2 comments:

zaujah-abu Aisar said...

Kita turut rasa bangga dengan keputusan Kartika untuk menerima hukuman Islam atas kesalahan yang dia sendiri lakukan. Tetapi sehingga kini hukuman tersebut masih tidak dapat dilaksanakan lagi. Kenapa hal ini berlaku?
Apakah dalang di sebalik semua ini?
Wallahua'lam...
kenapa hukuman Allah itu sentiasa ada halangan untuk dilaksanakan?
biarlah halangan atau pertikaian yang timbul itu dari orang-orang bukan Islam yang sememangnya benci kepada Islam
Janganlah ada dalam kalangan Umat Islam sendiri yang enggan menerima hukuman Allah ini!
Na'uzubillah min zalik!

Anonymous said...

dalam isu Kartika mmg ramai pihak yang berbicara mengenainya.bg saya, jika empunya itu sudah bersetuju utk mnerma hukuman ap hak org len tuk menafikan keinginannya itu. jika sseorg itu mahu menjdikan prkara ini sbg pengajrn kpd semua tentu mrk mnrima kputusan ini dengn redha.