Thursday, October 8, 2009

Isu Penuntut Islam IPT

Isu Murtad
  • Heboh diperkatakan tentang bilangan orang melayu yang beragama Islam telah ramai yang murtad. Mufti Perak iaitu Dato' Harun Sani telah mendedahkan bilangan yang murtad sehingga ke hari ini mencapai angka puluh ribu.
  • Persoalannya, apakah puncanya terjadi perkara ini? Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah punca menyebabkan berlakunya murtad dikalangan umat Islam, terutamanya remaja dan termasuklah penuntut-penuntut Islam IPTA dan IPTS.
  • Jika kita lihat keadaan di Malaysia, rakyat disogokkan dengan unsur-unsur hiburan yang terlalu banyak. Malaysia dikatakan sebagai negara Islam tetapi adakah layak sebagai negara Islam mempunyai tempat perjudian yang terbesar dia Asia Tenggara, mempunyai kelab-kelab malam yang diberi lesen oleh pemimpin-pemimpin Islam sendiri, kononnya ia adalah untuk rakyat yang bukan beragama Islam. Alasannya kita adalah masyarakat majmuk, perlu bertolak ansur. Statistik menunjukkan terdapat golongan pelajar tidak kira peringkat menengah atau IPTA dan IPTS yang terlibat sama dalam isu murtad ini. Malah ada persatuan yang memberi sponsor bagi usaha untuk memurtadkan golongan pelajar ini.
  • Jika golongan muda terutamanya yang menuntut di IPTA atau IPTS yang diharapkan untuk memimpin negara pun sudah rosak, maka adakah kita mampu mencapai kemajuan yang dicanangkan oleh pemimpin kita? dan akan adakah lagi bangsa melayu Islam di negara Malaysia? Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 217 yang bermaksud "barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan diakhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalammya".
  • Jika kita tidak berusaha untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara kita, siapa lagi yang akan menyelamatkan mereka. mereka yang terlibat mungkin mempunyai masalah-masalah yang kita sendiri tak ketahui puncanya kerana kita tidak cuba untuk mendekati mereka.Oleh itu sedarlah wahai sahabat-sahabat,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

blh tau ap p'satuan yg m'bri sponsor dalam isu murtad itu?sy skdar ingn tau, utk mengelakknnya

Anonymous said...

bg sy, utk isu murtad ini, kita sedia maklum bahawa d stiap ipta n ipts ad exco dakwah, jd mrka ini harus mmainkn prnan pntng dlm pmbntkn akidah ini dgn mlakukn aktvti yg blh mnguatkn ikatan n ketakwaan d klngn pljr spt prgrm tazkirah d stiap hjng mggu. phak yg b'gjwb hndklh mwjbkn smua pljr islam.pngisian tazkirah t'sbut mstilh mnjukkan btpa agungnya Islam agar mrka sntiasa b'pgang tgoh kpdnya

Azlinda Mohd said...

Biasanya yang bagi sponsor adalah korporat-korporat besar dikalangan orang-orang kaya. Contohnya:Kelab Lions, Sport Toto dan Loteri yang banyak memberi bantuan kewangan kepada pihak gereja. selain itu,dari persatuan-persatuan gereja,contohnya Persatuan Gereja Asean, Persatuan Gereja Anglikan, Persatuan Gereja Injil Borneo, Persatuan Gereja Roman Katolik dan Persatuan Gereja Sedunia yang berpusat di Vantican City di Rom Itali dan banyak lagi dari badan-badan lain.

kalau saudari nak mengetahui lebih lanjut mengenai isu murtad ini boleh la dapatkan buku "Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia- apa peranan kita" oleh Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz yang dahulunya seorang missonari tetapi sekarang seorang pendakwah bebas.