Monday, October 26, 2009
Thursday, October 15, 2009
Isu Pendidikan Anak-anak
Menakut-nakutkan anak telah menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Ini diwarisi turun temurun. Malah anak-anak memang diajar untuk takut pada sesuatu sejak kecil lagi.
Bagaimana Ibu Bapa Harus Mendidik Anak-anak
Potensi untuk berani bertindak sudah ada pada diri anak-anak sejak dilahirkan lagi. Oleh itu, dalam perkembangan anak-anak tidak sepatutnya kita mengamalkan pendidikan yang salah . Biarpun hakikatnya tindakan itu adalah kerana sayang pada si anak atau supaya anak dapat mematuhi perintah atau juga untuk menghentikan tangisan si anak, kita janganlah terlalu menakut-nakutkan mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sensitive akan sering menangis dan merengek. Keadaan ini akan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa dan mereka akan mengambil jalan pintas dengan menakut-nakutkan kanak-kanak itu dengan sesuatu agar mereka berhenti menangis. Tindakan ini tidak akan memberi apa-apa faedah kerana kanak-kanak itu hanyalah akan berhenti menangis kerana ‘takutkan’ sesuatu.
Ibu bapa seharusnya menggunakan teknik yang betuk untuk mengajar anak-anak. Mereka haruslah menerangkan pada anak-anak apakah yang perlu mereka takuti. Seeloknya mereka diberi pemahaman, atau jika perlu pengalaman agar mereka lebih faham tindakan mana yang betul dan mana yang salah dan merugikan diri sendiri. Jika mereka sudah memahaminya, tanpa dilarang mereka akan faham, dan tidak akan melakukannya lagi. Maksudnya sebagai ibu bapa kita harus pandai memilih cara yang terbaik. Andai kata kita terpaksa menakut-nakutkan mereka, berhati-hatilah kerana jika selalu dilakukan hal tersebut, kelak anak-anak akan menjadi seorang manusia yang manja dan penakut. Secara tidak langsung ia akan mematikan sifat ingin tahu mereka dan memadam kreativitinya. Seterusnya anak-anak kita akan membesar menjadi individu yang lemah imannya dan mudah dipengaruhi oleh perasaan yang bukan-bukan hingga menghalang kemajuan diri mereka. Didiklah anak-anak dari kecil menjadi seorang yang berdikari, bebas, berani, dan bertanggungjawab supaya dia percaya pada diri sendiri. Latihlah anak-anak untuk selalu bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan. Tidak pernah takut untuk menghadapi situasi apapun. Ingat! Mendidik anak untuk takut kepada Allah adalah benteng segala kemungkaran.
Posted by Azlinda Mohd at 7:50 AM 1 comments
Labels: TMD 2009
Isu Undang-undang Islam
Di awal bulan mulia Ramadhan Malaysia digemparkan dengan isu pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang ibu berusia 32 tahun, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Pelbagai pihak memberikan maklumbalas yang berbeza, sementara media dalam dan luar negara pula menggembar-gemburkan isu ini hingga ianya menjadi satu polemik yang sensasi.
Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah. Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.
Posted by Azlinda Mohd at 7:18 AM 2 comments
Labels: TMD 2009
Isu Akidah Islam
Kesatuan Umat Islam hendaklah Berlandaskan Akidah
Umat Islam pada hari ini dihantui oleh perasaan takut dan terancam. Sungguhpun bilangan mereka di seluruh dunia sangat banyak namun mereka berpecah belah antara satu sama lain. Perpecahan ini telah menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan tidak ditakuti oleh musuh. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan jangan berpecah belah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-Imran ayat 103 yang bermaksud "dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada agama Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan ( semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi umat Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka itu ( disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya". Dalam ayat ini Allah memerintahkan umat Islam supaya bersatu padu dengan berpandukan kepada akidah dan ajaran Islam dan jangan sesekali berpecah belah.Telitilah dengan mendalam ayat ini dan lihatlah kepada pemerintah Allah SWT yang memerintahkan umat Islam supaya meletakkan asas kepada kesatuan iaitu dengan berpegang teguh kepada agama kemudian barulah Allah menyebut mengenai kepentingan bersatu di atas prinsip tersebut. Pada hari ini kita banyak mendengar seruan-seruan supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah bekah, namun mereka tidak meletakkan asas kepada kesatuan tersebut. Umat Islam adalah umat yang bersatu padu dengan kiblat yang satu dan Tuhan yang satu.Setiap orang hendaklah berfikir dengan ikhlas dan jujur untuk kesatuan umat dan kebaikan seluruh manusia. Hakikat ini tidak akan tercapai kecuali dengan berpandukan ajaran-ajaran Islam. Renunglah firman Allah Taala dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang merupakan jalan yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa". Intipati daripada ayat ini ialah sekiranya kita berpaling daripada jalan yang lurus maka kita tidak akan mendapati jalan yang lain yang boleh membawa kejayaan walhal hakikatnya kita akan berpecah-belah dan lemah. Maka pada saat itu kita berada dalam keadaan yang hina!. wallahu'alam
Posted by Azlinda Mohd at 6:58 AM 0 comments
Labels: TMD 2009
IsU EkOnoMi IsLaM
Ekonomi adalah suatu aspek yang penting dalam menjana sesuatu bangsa atau negara.Jika dipandang dari perspektif Islam sendiri,ekonomi adalah salah suatu perkara yang amat penting dan ia boleh datang dari pelbagai sumber.Akan tetapi,umat Islam pada zaman sekarang ini amat lemah sekali dari sudut ekonominya.Ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak mengambil berat tentang hal ini.
Jika diimbas kembali ekonomi umat Islam pada zaman kegemilangannya,ekonomi ketika itu adalah amat kukuh dan teguh.Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan Khulafa' Ar-Rashideen,ekonomi pada zaman itu adalah amat kukuh sehinggakan wang perbendaharaan negara iaitu Baitulmal adalah amat banyak sehingga dikatakan wang Baitulmal itu boleh menampung dan menyara setiap rakyatnya.Sumber kewangan Baitulmal adalah daripada kutipan Zakat dan Jizyah(wang yang dibayar oleh orang kafir kepada kerajaan Islam kerana tinggal didalam negara Islam dan mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam).
Jika dipandang dari sudut global pula,umat Islam telah lama diserang ekonominya oleh orang kafir.Pada tahun 2003,Amerika Syarikat telah menyerang Iraq atas alasan ia adalah negara pengganas.Akan tetapi tujuan Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sesuatu yang amat bernilai di Iraq iaitu simpanan minyak mentahnya.’NEGARA PENGGANAS’ itu cuma propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan perbuatannya menyerang Iraq.Berlainan pula dengan apa yang berlaku di Palestin pada tahun 2006,selepas umat Islam di Palestin mendapat hak ke atas negara mereka sendiri dengan diterajui oleh Hamas. Amerika Syarikat bersama sekutu-sekutunya iaitu Israel dan Kesatuan Eropah mula mengadakan sekatan ekonomi ke atas mereka.Barang-barang keluaran Palestin tidak dapat dieksport sehingga tersadai di pelabuhan.
Posted by Azlinda Mohd at 6:51 AM 0 comments
Labels: TMD 2009
Sunday, October 11, 2009
Isu Ilmu-Ilmu Islam
- Laqit bermaksud kanak-kanak yang dibuang di jalan atau dimana-mana tempat dan tidak ada sesiapa yang mengakuinya sebagai anaknya. Mengambil anak angkat adalah disyariatkan berdasarkan kepada Firman Allah: "dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya" (al-Maidah: 32)
- Sesiapa terjumpa seorang anak kecil yang tidak mempunyai penjaga di jalan, dia perlu mengambil, menjaga dan mendidiknya. Perkara ini menjadi fardhu kifayah kepada sesiapa yang menjumpainya. Apabila dia tidak diendahkan oleh sesiapapun dan masih berada ditempat dia dijumpai, semua penduduk di negeri, daerah atau kampung itu yang mengetahui kewujudan kanak-kanak tersebut akan berdosa. Jika salah seorang penduduk mengambil, menjaga dan mendidik anak tersebut, kesemua penduduk terselamat daripada dosa.
- Allah SWT telah meletakkan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak terbuang pada kedudukan yang begitu utama dan penting. Semua orang Islam berdosa jika mereka mencuaikan tanggungjawab memelihara anak terbuang walaupun seorang. Negara juga berdosa jika mereka tidak memberikan perhatian kepada perkara itu, dan tidak cuba menggantikan kasih sayang ibubapa yang hilang terhadap anak terbuang semaksimum mungkin. Islam juga mewajibkan negara berhutang dengan orang-orang Islam yang kaya jika negara miskin dan tidak ada cara lain untuk memberi nafkah kepada mereka.
Posted by Azlinda Mohd at 2:38 AM 0 comments
Labels: TMD 2009
Saturday, October 10, 2009
Isu Penghayatan Islam
- Kematian adalah suatu yang pasti dihadapi oleh setiap manusia,samada seseorang sudah bersedia atau tidak. Firman Allah SWT yang bermaksud "katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhan mu kamu akan kembali" (as-Sajdah: 11)
- Saat menghadapi sakaratul maut adalah detik yang amat kritikal kepada orang yang akan dicabut nyawanya. Hayat penghabisan itu bakal menentukan menentukan samada seseorang itu mati dalam iman atau mati sebagai seorang yang kufur. Sehubungan dengan itu, ajaran Islam telah menerangkan kepentingan talkin syahadah itu mengajar kalimah tauhid kepada orang yang berada dalam keadaan sakaratul maut (nazak).
- Ketika nazak para malaikat akan datang memberitahu tentang terputusnya kelazatan dan kenikmatan hidup dan dalam masa yang sama, iblis dan syaitan juga berkeliaran mencari peluang memalingkan hati dan menghasut serta memperdaya manusia supaya tergelincir imannya dan seterusnya menjadi calon penghuni neraka seperti mereka.
- Maka di sinilah pentingnya peranan kerabat terhampir pesakit mengajar dan mengulang-mengulang serta membisikkan kalimah syahadah supaya tidak lekang dari mulut hingga saat hembusan nafas terakhir.
- Menurut Imam al-Ghazali, kepentingan kalimah syahadah ini dibisikkan ke telinga pesakit yang nazak ialah supaya ia menghabiskan hayatnya dalam keadaan hatinya tidak mengingati perkara lain kecuali Allah Tuhan Yang Esa, maka melalui kematian itu dia akan mencapai nikmat tertinggi dalam perjalanannya menuju Allah.
Posted by Azlinda Mohd at 11:58 PM 1 comments
Labels: TMD 2009
Thursday, October 8, 2009
Isu Pembinaan Keluarga Islam
Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendirian kepada pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan akan berlaku kesan-kesan sampingan atau pengaruh–pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan anak muda, mengugut kestabilan dan kecemerlangan bangsa. Gejala mungkar yang berlaku dalam masyarakat hari ini terutama di kalangan muda mudi seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, mencuri, malas dan sebagainya adalah di antara bukti yang jelas terhadap perlunya peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa.
- Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah
- Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualiti
- Membaca buku-buku ilmiah
- Imej yang kemas dan tidak selekeh
- Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga
- Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah
- Car-Pool
- Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran
Posted by Azlinda Mohd at 8:50 AM 8 comments
Labels: TMD 2009
Isu Penuntut Islam IPT
- Heboh diperkatakan tentang bilangan orang melayu yang beragama Islam telah ramai yang murtad. Mufti Perak iaitu Dato' Harun Sani telah mendedahkan bilangan yang murtad sehingga ke hari ini mencapai angka puluh ribu.
- Persoalannya, apakah puncanya terjadi perkara ini? Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah punca menyebabkan berlakunya murtad dikalangan umat Islam, terutamanya remaja dan termasuklah penuntut-penuntut Islam IPTA dan IPTS.
- Jika kita lihat keadaan di Malaysia, rakyat disogokkan dengan unsur-unsur hiburan yang terlalu banyak. Malaysia dikatakan sebagai negara Islam tetapi adakah layak sebagai negara Islam mempunyai tempat perjudian yang terbesar dia Asia Tenggara, mempunyai kelab-kelab malam yang diberi lesen oleh pemimpin-pemimpin Islam sendiri, kononnya ia adalah untuk rakyat yang bukan beragama Islam. Alasannya kita adalah masyarakat majmuk, perlu bertolak ansur. Statistik menunjukkan terdapat golongan pelajar tidak kira peringkat menengah atau IPTA dan IPTS yang terlibat sama dalam isu murtad ini. Malah ada persatuan yang memberi sponsor bagi usaha untuk memurtadkan golongan pelajar ini.
- Jika golongan muda terutamanya yang menuntut di IPTA atau IPTS yang diharapkan untuk memimpin negara pun sudah rosak, maka adakah kita mampu mencapai kemajuan yang dicanangkan oleh pemimpin kita? dan akan adakah lagi bangsa melayu Islam di negara Malaysia? Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 217 yang bermaksud "barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan diakhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalammya".
- Jika kita tidak berusaha untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara kita, siapa lagi yang akan menyelamatkan mereka. mereka yang terlibat mungkin mempunyai masalah-masalah yang kita sendiri tak ketahui puncanya kerana kita tidak cuba untuk mendekati mereka.Oleh itu sedarlah wahai sahabat-sahabat,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.
Posted by Azlinda Mohd at 8:04 AM 3 comments
Labels: TMD 2009
Tuesday, October 6, 2009
Gempa Bumi di Padang,,
'kejadian gempa bumi di Padang jam 17:16 lihat al-Quran surah 17:16, susulan di Padang jam 17:58 buka al-Quran surah 17:58. Terjadi pada tgl/bln 30/9 al-Quran surah 30:9. Gempa di Jambi jam 8:52 lihat al-Quran surah 8:52'. Inilah SMS yang aku terima dari saudara tersayang (Norsyahirah Mohd) kira 4:27 PM..tanganku segera mencapai Kitab Suci al-Quran dan membelek helaian surah yang dimaksudkan sambil tanganku ligat menaip di laman web mencari berita tentang gempa bumi yang berlaku di Indonesia...Subhanallah
- 17: 16 (surah al-Isra' -ayat 16) : Firman Allah "dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)"
- 30: 9 (surah al-Rum -ayat 9) : Firman Allah "dan tidakkah mereka bepergian lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka ( yang mendustakan Rasul)? orang-orang itu lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri".
- 17: 58 (surah al-Isra' - ayat 58) : Firman Allah "dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan kami membinasakannya sebelum Hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)"
- 8: 52 (surah al-Anfal -ayat 52) : Firman Allah "(keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh Allah MahaKuat lagi sangat keras siksa-Nya"

Posted by Azlinda Mohd at 3:16 AM 0 comments
Isu Politik Islam
- Al-Hakimiah - Kuasa menentukan hukum hanyalah bersumberkan kepada apa yg telah ditentukan oleh Allah semata mata
- Kebebasan - Islam menjamin kebebasan yg diperlukan oleh manusia demi kesejahteraan dan kebahagian hidup secara individu dan bermasyarakat
- Persamaan - Persamaan status antara manusia sebagai makhluk ciptaan Allah
- Keadilan - Islam mementingkan prinsip keadilan untuk kedamaian hidup manusia
- Kesatuan - Asas penting untuk membentuk umat Islam sejagat
- Syura - Kepentingan amalan syura dlm segala aspek kehidupan manusia
Posted by Azlinda Mohd at 12:35 AM 0 comments
Labels: TMD 2009
Wednesday, September 30, 2009
Isu Negara Islam
Posted by Azlinda Mohd at 11:52 PM 0 comments
Labels: TMD 2009
Sunday, September 6, 2009
11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Posted by Azlinda Mohd at 12:19 AM 0 comments
Labels: Bicara AD-Din
Saturday, September 5, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Posted by Azlinda Mohd at 7:30 AM 0 comments
11 Tips Untuk Wanita
- Kunci Syurga : MengEsakan Allah
- Kunci Kemualiaan : Taat Kepada Allah Dan Rasul-Nya
- Kunci Ilmu : Bertanya DAn Mendengar Dengan Baik
- Kunci kehidupan Hati : Merenungi (tadabbur) al-Quran, Mengadu Kepada Allah Pada Waktu Sebelum Fajar, Dan Meninggalkan Dosa
- Kunci Keimanan : Berfikir tentang Ayat-ayat Allah & Makhluk-makhluk ciptaan-Nya
- Kunci Kebajikan : Kejujuran
- Kunci Kemenangan : Kesabaran
- Kunci Rezeki : Berusaha Disertai Dengan Beristigfar Dan Bertakwa
- Kunci Bertambahnya Nikmat : Bersyukur
- Kunci Mencintai Akhirat : Zuhud Terhadap Dunia
- Kunci Agar Dikabulkan Oleh Allah : Berdoa...Dan Bersabarlah Terhadap Apa Yang Menimpa Kamu (surah Lukman : 17,,Wahai anakku! laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.
Posted by Azlinda Mohd at 3:11 AM 0 comments
Friday, August 28, 2009
LaUnGaN kErAmaT...
Posted by Azlinda Mohd at 7:07 AM 0 comments
Thursday, August 6, 2009
IStEri YaNg SoLehaH
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama :
Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.
Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.
Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.
Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.
Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.
Wallahualam.
Posted by Azlinda Mohd at 4:49 AM 0 comments
Wednesday, August 5, 2009
KaLAu BeRaNi,,bUAtLaH..
Posted by Azlinda Mohd at 6:08 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Pelaburan Internet & Skim Cepat Kaya
Muzakarah kali ke-77 Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengharamkan semua pelaburan internet yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda. Terdapat lebih 50 skim yang sedang beroperasi dan melibatkan 500 ribu pelabur. Pengerusi MFK, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menjelaskan: "pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap didapati mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan). Justeru, umat Islam diharamkan terbabit dengan pelaburan berkenaan".
- tidak memenuhi Akad Syirkah Mudharabah
- rakan kongsi adalah Majhul (tidak dikenali)
- pembahagian nisbah keuntungan yang tidak jelas (gharar)
- jaminan keuntungan atau pulangan yang tetap
- melakukan penipuan dan eksploitasi harta atau wang orang lain
- mempermainkan hukum derma (tabarru'at) dalam Islam
- melakukan aktiviti penambahan kekayaan yang tidak dibenarkan oleh syara'
Posted by Azlinda Mohd at 3:41 AM 0 comments
Saturday, August 1, 2009
RENUNGAN BERSAMA,,,,,,
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.
Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. “Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat ter sebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin.
Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
Posted by Azlinda Mohd at 10:37 PM 0 comments
GADISKU,,,,
Posted by Azlinda Mohd at 10:09 PM 0 comments
Labels: suara hati
Ancaman Terhadap Dunia Islam
Posted by Azlinda Mohd at 7:24 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
Isu Kalimah Allah,,,Satu Penilaian
Artikel Di Laman Web Akhbar Arab Yang Berpusat Di Arab Saudi :
Posted by Azlinda Mohd at 9:08 PM 0 comments
Thursday, July 30, 2009
10 MAYAT TIDAK AKAN BUSUK
Rasulullah SAW bersabda :"sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."
Posted by Azlinda Mohd at 10:25 PM 0 comments